Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
801 kes baru, 8 kematian, 94 dalam ICU
Diterbitkan:  Oct 28, 2020 6:32 PM
Dikemaskini: 10:50 AM

Jumlah kes positif harian Covid-19 di Malaysia kekal tiga digit hari ini, iaitu pada 801 kes berbanding 835 kes, yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 29,441 kes dengan kes aktif sebanyak 10,123.

Dia berkata daripada kes baru itu juga, Sabah kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 546 kes.

“Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 546 kes atau 68.2 peratus dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 103 kes atau 12.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 649 kes atau 81 peratus daripada jumlah harian kes positif Covid-19 secara keseluruhan.

“Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Jumlah kes baru adalah seperti berikut: Selangor (88 kes), Labuan (29 kes), Kedah (28 kes) Sarawak (27 kes), Negeri Sembilan, Pulau Pinang (19 kes), Kuala Lumpur (13 kes) Terengganu (11 kes), Johor (8 kes) dan Perak (6 kes).

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat empat kluster baru telah dikenal pasti pada hari ini iaitu; klusterSeri Gaya, Greenhill, Idaman dan Bayu.

Sementara itu, daripada keseluruhan kes terbaru terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, Ini melibatkan satu warganegara dan satu bukan warganegara yang tiba dari Iran dan Arab Saudi.

Menurut Dr Noor Hisham terdapat sebanyak 573 kes pulih Covid-19 dan dengan perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 19,072 atau 64.8 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 94 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19," katanya sambil menambah tujuh mangsa adalah dari Sabah dan seorang lagi adalah Selangor.

Semua kelapan-lapan mereka berusia melebihi 60 tahun.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 246 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

 


Lihat Komen
ADS