Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Hampir satu pertiga kematian Covid-19 meninggal sebelum sampai ke hospital

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan hampir satu pertiga kematian Covid-19 dalam gelombang ketiga dibawa ke hospital selepas mati (BID), yang bermaksud mereka meninggal dunia sebelum sampai di hospital.

Didedahkan 35 kes dari 110 kematian dalam gelombang ketiga setakat ini dibawa ke hospital selepas meninggal dunia.

“Setakat ini jumlah BID adalah 44 kes. Dari 44 kes tersebut, terdapat 9 kes BID pada gelombang kedua.

"Untuk gelombang ketiga, di Sabah secara khusus, terdapat 35 kes BID," kata Noor Hisham semasa sidang media di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Seorang pegawai Kementerian Kesihatan kemudian berkata terdapat 136 kematian pada gelombang kedua dan 110 kematian pada gelombang ketiga setakat ini.

Noor Hisham juga berkata KKM mempunyai pakar forensik yang dihantar ke Sabah untuk memudahkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani kes BID.

Sebelum ini, ketua pengarah berkata kajian mereka mendapati bahawa virus Covid-19 dapat dikesan pada tubuh pesakit yang meninggal akibat wabak ini.

Hari ini, Noor Hisham memaklumkan lapan kematian baru dengan tujuh daripadanya berasal dari Sabah.

Daripada lapan kematian baru hari ini, semua lima daripadanya berasal dari Sabah, mempunyai nombor kes yang menunjukkan sama ada mereka meninggal dunia sebelum sampai ke hospital atau sebaik saja tiba di sana.

Sabah secara konsisten mencatatkan kematian baru pada setiap hari selama tiga minggu terakhir.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS