Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KSN: Masyarakat majmuk hidup aman pada zaman nabi

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada muslimin dan muslimat terutamanya kepada penjawat awam.

Menerusi hantaran akaun Instagram miliknya, Mohd Zuki berkata tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’ amat bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama.

“Semasa zaman Nabi Muhammad SAW lagi, masyarakat majmuk yang bersatu atas kepelbagaian telah wujud dan hidup aman sejahtera di bawah kepimpinan Baginda.

“Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghidupkan sunnah Baginda, perbanyakkan selawat dan berusaha untuk mengikuti akhlak mulia Baginda kerana sesungguhnya Rasulullah adalah contoh teladan yang terbaik,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS