Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKPB: Beberapa sektor pertanian Sabah boleh beroperasi

Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan beberapa sektor pertanian di negeri itu beroperasi sepanjang perintah kawalan ergerakan bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata antaranya sektor perladangan koko, getah dan kelapa sawit, dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Antara SOP yang perlu dipatuhi majikan adalah menyediakan protokol di tempat kerja yang meliputi pengawasan penyakit dan pencegahan jangkitan, mengikut standard yang ditetap KKM bagi mencegah penularan Covid-19.

“Majikan juga perlu memastikan maklumat mengenai tahap kesihatan pekerja direkodkan dan disimpan majikan atau pemilik ladang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata setakat hari ini sebanyak 102,730 bantuan bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar di seluruh Sabah.

-Bernama

Lihat Komen
ADS