Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Belanjawan Selangor: Bonus setengah bulan buat penjawat awam
Diterbitkan:  Oct 30, 2020 5:32 PM
Dikemaskini: 10:30 AM

Selangor akan membayar insentif setengah bulan untuk penjawat awam Gred 54 dan ke bawah melalui Bantuan Kewangan Khas (BKK) kedua pada akhir Disember.

Sebagai perbandingan, insentif akhir tahun pada tahun lalu adalah antara RM500 hingga dua bulan gaji sementara tahun sebelumnya dibayar bonus sebulan.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengatakan bahawa insentif RM1,000 telah dibayar semasa BKK pertama pada bulan Jun.

Insentif terakhir bagi tahun ini dianggarkan berjumlah RM16.5 juta yang akan dibayar pada 29 Disember.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang membentangkan Belanjawan RM2,323 bilion untuk Selangor untuk tahun 2021 di dewan perundangan Selangor hari ini.

Belanjawan 2021 untuk Selangor sedikit lebih rendah berbanding RM2.333 bilion tahun sebelumnya dan jauh lebih rendah daripada RM2.56 bilion untuk Belanjawan 2019.

Anggaran defisit adalah RM123 juta, turun dari RM133 juta untuk tahun 2020.

"Kerajaan Negeri juga sentiasa berjaya mengurangkan defisit

sejak tiga belanjawan lalu kepada satu jumlah yang munasabah

menerusi usaha-usaha perbelanjaan berhemah, budaya kerja cekap

dan berintegriti," katanya.

Untuk tahun 2021, sumber pendapatan utama negeri dijangka seperti berikut:

- Premium tanah - RM1.03 bilion (46.98 peratus daripada keseluruhan pendapatan).

- Cukai tanah - RM545.84 juta (24.81 peratus)

- Pemberian kerajaan persekutuan - RM206.85 juta (9.40 peratus)

Sementara itu, Amirudin mengumumkan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Enakmen Lembaga Pengurusan Air Selangor (LUAS) 1999 akan untuk meningkatkan bayaran denda bagi kesalahan pencemaran sumber air dari RM500,000 kepada RM1 juta.

RUU itu dijangka akan dibentangkan semasa persidangan dewan undangan negeri Selangor yang sedang bersidang.

Amirudin berkata, Selangor juga merancang untuk mengumpulkan air mentah dari Sungai Rasau untuk mengurangkan pergantungan kepada Sungai Selangor, di mana pencemaran yang kerap menyebabkan gangguan bekalan air.

Katanya, pasukan khas juga akan ditubuhkan untuk memantau pencemaran air Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang sepanjang masa.

Lihat Komen
ADS