Harga maksimum bagi setiap vaksin yang ditawarkan pada Malaysia bawah Akses Vaksin Sedunia (Covax) ditetapkan pada harga AS$21 (lebih kurang RM87).

"Kita harap dapat tandatangani Covax dalam waktu terdekat,” Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata oleh Harian Metro.

“Cuma ingin dijelaskan Covax hanya sebahagian daripada keperluan kita dalam mendapatkan vaksin Covid-19.

"Sebahagian besar daripada perolehan ini akan dicapai menerusi rundingan dua hala dengan negara berkaitan.”

Bercakap pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara sedang meneliti beberapa klausa perjanjian dalam Covax.