Calon presiden Demokrat Joe Biden sedang mendahului kiraan undi pilihan raya presiden Amerika Syarikat dengan 253 undi berbanding Presiden Trump yang mendapat 213 undi pilihan raya.

Menurut laporan CNN, masih sukar untuk meramalkan siapa yang bakal menang di enam negeri berikut: Alaska, Arizona, Georgia, Nevada, North Carolina dan Pennsylvania.

Perlumbaan untuk menduduki Rumah Putih masih terbuka dengan persaingan yang semakin sengit di negeri-negeri pertempuran seperti di Georgia, Arizona dan Pennsylvania.

Negeri terbesar, Arizona, sebentar tadi mendedahkan dua set keputusan - mengecilkan kedudukan Joe Biden di sana - dengan lebih 10,000 undi.

Jumlah undian yang dikemas kini di Maricopa County selepas jam 2:30 pagi waktu tempatan, hari Khamis menunjukkan Biden mendapat 912,585 undi dan Trump dengan 838,071.

Sebelum ini, Maricopa Country, daerah terpadat di negeri itu, melaporkan 887,457 undi untuk Biden dan 802,160 untuk Trump.

Keputusan dikeluarkan ketika pegawai Maricopa County terpaksa menutup pejabat pilihan raya di Phoenix kepada orang ramai susulan meningkatnya protes pro-Trump di luar pejabat itu.

- CNN