Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rekod 1,755 kes, dua kematian, 83 di ICU
Diterbitkan:  Nov 6, 2020 6:51 PM
Dikemaskini: 1:47 PM

Terdapat 1,755 kes baru Covid-19 setakat jam 12 tengah hari ini menjadikannya rekod jangkitan harian paling tinggi sejak wabak itu melanda negara, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada 1,755 kes itu, kata Noor Hisham 1,752 melibatkan penularan tempatan dan tiga lagi kes import.

"Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 11,530 kes," katanya.

Sementara itu, dua kematian direkod manakala 83 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 32 memerlukan bantuan pernafasan.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 279 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," kata Noor Hisham.

Beliau juga memaklumkan bilangan kes pulih Covid-19 sebanyak 726 kes. 

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 26,380 kes (69.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," katanya lagi.

Perincian kes penularan Covid-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 1,199 kes

  • 663 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Mampulut;
  • 363 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Tiga (3 ) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
  • 170 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 192 kes daripada kluster-kluster sedia ada.

Selangor: 164 kes

  • 111 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Fores;
  • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: 59 kes

  • 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 45 kes

  • 34 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19
  • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada.

Perak: 18 kes

  • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Rengas;
  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 17 kes

  • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Fores;
  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak : 17 kes

  • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada.

Terengganu: Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada.

Johor : Tiga (3) kes

  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19
  • Dua (2) daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


 

Lihat Komen
ADS