Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SOP nikah, taska di negeri PKPB akan diumum tak lama lagi
Diterbitkan:  Nov 9, 2020 8:29 PM
Dikemaskini: 12:29 PM

Kerajaan akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pernikahan, pendaftaran perkahwinan bukan Islam dan pusat jagaan kanak-kanak di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak lama lagi.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mendengar pembentangan SOP mengenai pernikahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad esok.

"Saya difahamkan esok menteri agama (Zulkifli Mohamad) akan membentangkan SOP tentang pernikahan.

"Kalau macam agama lain, mereka daftar di pusat tempat pendaftaran agama mereka dan untuk agama Islam akad nikah dibenarkan tapi sama ada di rumah atau di pejabat agama, esok akan dibentangkan oleh menteri hal ehwal agama," katanya dalam sidang media harian berkaitan Covid-19 hari ini.

Untuk rekod, acara sosial seperti majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun dilarang di bawah garis panduan PKPB.

Sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan kini dikenakan PKPB melainkan Sarawak, Kelantan, Pahang dan Perlis.

Ismail juga berkata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun akan menyediakan set SOP untuk pusat jagaan kanak-kanak seperti taska.

"Datuk Rina sedang meneliti perkara ini dan akan membuat pengumuman mengenai taska.

"Kita bentang dalam mesyuarat tadi dan kita minta supaya dia come out dengan SOP yang ketat," katanya. 

Lihat Komen
ADS