Lanjutan PKPD di Taman Mesra, Sandakan bermula esok
Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mesra, Sandakan, Sabah selama 14 hari bermula esok sehingga 24 Nov.
Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di Taman Mesra, Sandakan dari 28 Okt lepas hingga hari ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penguatkuasaan PKPD itu dilaksanakan selepas mendengar nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
'’KKM telah melaksanakan sebanyak 1,124 saringan dan 134 kes kumulatif positif Covid-19 telah direkodkan di kawasan tersebut.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 43 kes telah sembuh sepenuhnya dan masih terdapat 91 kes aktif Covid-19 di kawasan itu,'’ katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kuala Lumpur hari ini.


