Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO PKN lapor polis nafi dakwaan dapat dana k'jaan RM8.6 juta
Diterbitkan:  Nov 14, 2020 8:20 PM
Dikemaskini: 12:20 PM

Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara Malaysia (PKN) hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda DAP Perak Steven Chaw, berhubung dakwaan pertubuhan berkenaan menerima peruntukan kerajaan berjumlah RM8.6 juta.

Pengerusi PKN Nor Hizwan Ahmad berkata, laporan polis berkenaan dibuat susulan artikel sebuah portal media tempatan yang memetik Steven Chaw, bahawa pertubuhan itu didakwa menerima dana berkenaan dan ahli jawatankuasa akan mendapat sebanyak RM780,000 setiap seorang.

“Saya nafi sekeras-kerasnya. Saya percaya fitnah dan penipuan yang sama telah berlegar di banyak media sosial dan ingin memburukkan reputasi kami selaku badan bukan kerajaan (NGO), yang banyak berurusan dengan komuniti B40 seluruh negara.

“Saya mengesyaki perkara ini dilakukan susulan perbahasan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di parlimen, yang mengaitkan dana itu dengan NGO kami.

"Ia kemudian dijadikan modal politik pembangkang untuk memburukkan usaha kami dalam membantu masyarakat melalui NGO,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS