Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis kesan pesakit Covid-19 lari dari Hospital P Pinang
Diterbitkan:  Nov 15, 2020 8:40 PM
Dikemaskini: 12:40 PM

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP) di George Town hari ini.

Sumber polis berkata lelaki warga tempatan berusia 23 tahun yang berasal dari Kepala Batas itu sedang menjalani rawatan di HPP sebelum dikesan tiada di katilnya pada 3.20 petang tadi.

"Lelaki itu yang memakai baju dan seluar berwarna putih meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya," kata beliau kepada Bernama hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan ketika dihubungi Bernama, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya kini giat mengesan lelaki berkenaan.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS