Malaysiakini
BERITA

‘Rakyat nak tenggelam, kenapa susah nak bagi pelampung?’

Haspaizi Zain

Diterbitkan
Dikemaskini 16 Nov 2020, 5:34 pagi

Lanjutan moratorium pinjaman dan pengeluaran akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 adalah "pelampung" bagi menyelamatkan rakyat yang ketika ini hampir "lemas" akibat Covid-19.

Noh Omar (BN- Tanjung Karang), berkata kerajaan sepatutnya memberi pelampung ketika rakyat dalam kesulitan pada masa ini.

"Saya anggap moratorium seperti pelampung, ini pelampung rakyat punya. Kenapa kita kerajaan susah nak bagi pelampung.

"Rakyat nak tenggelam, Kita bagilah pelampung, anggaplah ini pelampung untuk keselamatan rakyat, bila dah pulih nanti kita ambil baiklah pelampung," katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Noh berkata, sokongan bersyarat yang dibangkitkan bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini bukanlah "Hikayat Puteri Gunung Ledang" seperti tanggapan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Ahmad Fadhli Shaari

Sebelum ini, Ahmad Fadhli menyifatkan sokongan bersyarat dibangkitkan Najib ketika membahaskan belanjawan umpama "hikayat Puteri Gunung Ledang".

Najib Rabu lalu berkata, sokongan BN terhadap Belanjawan 2021 adalah bersyarat - kerajaan perlu melanjutkan moratorium pinjaman dan membenarkan pengeluaran caruman akaun 1 KWSP.

Dalam pada itu, Noh berkata apalah makna simpanan hari tua jika simpanan berpuluh tahun tidak boleh digunakan dalam situasi sukar.

Katanya, KWSP masih mempunyai kemampuan untuk membenarkan pencarum mengeluarkan caruman mereka.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan