Malaysiakini
BERITA

Mahathir kritik MP pembangkang yang tak bangun

Diterbitkan
Dikemaskini 26 Nov 2020, 11:17 tengahari

Dr Mahathir Mohamad mengkritik anggota parlimen bukan kerajaan yang tidak bangun menyokong undi belah bahagi untuk pengundian Belanjawan 2021 petang ini.

“Kerajaan yang didirikan melalui rasuah dan sogokan pada ahli parlimen, dan kerajaan yang korup boleh pula disokong oleh ahli parlimen pembangkang tanpa sedikitpun berasa bersalah kerana mungkir janji kepada rakyat.

“Inilah apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat hari ini,” katanya.

Belanjawan 2021 yang menarik perhatian ramai akhirnya diluluskan secara dasar melalui undian suara di Dewan Rakyat.

Cubaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) supaya pengundian dibuat secara belah bahagi tidak berjaya selepas hanya mendapat 13 sokongan anggota parlimen (senarai di bawah), kurang dua seperti disyaratkan.

Sokongan itu diperoleh daripada kesemua empat anggota parlimen Pejuang, enam daripada Amanah dan masing-masing satu daripada PKR, DAP dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Belanjawan 2021 selepas ini ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan sebelum sekali lagi diundi sebelum diluluskan.

Sebelum itu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam penggulungan di parlimen mengumumkan pelbagai peruntukan tambahan termasuk kebenaran mengeluarkan wang Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dituntut pelbagai pihak.

Menulis di blognya, Mahathir berkata semua anggota parlimen yang bangun, termasuk semua daripada Pejuang, tetap berpegang kepada janji.

“Apabila kami mengambil pendirian, kami tidak berganjak atas dasar amanah dan tanggungjawab kami sebagai wakil kepada rakyat,” katanya.

Dia menegaskan pendiriannya yang tidak berganjang menolak Belanjawan 2021.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.