story image
mk-logo
Berita
PRK parlimen Gerik, DUN Bugaya 16 Jan 2021 - SPR
Diterbitkan:  Nov 27, 2020 3:33 AM
Dikemaskini: 3:33 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, dijalankan serentak pada 16 Jan 2021.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan urusan kedua-dua PRK berkenaan di Putrajaya hari ini, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 4 Jan manakala pengundian awal pada 12 Jan.

Kedua-dua PRK berkenaan perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.054 Gerik dan DUN N.66 Bugaya susulan kematian kedua-dua penyandang kerusi tersebut.

Penyandang kerusi Parlimen Gerik Allahyarham Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia pada 16 Nov, manakala penyandang kerusi DUN Bugaya Allahyarham Manis Muka Mohd Darah kembali rahmatullah pada 17 Nov.

- Bernama

ADS
Paling Popular
Terkini
ADS