PKPD di Kampung Numbak, penempatan Telipok dilanjut ke 13 Dis
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan penempatan Telipok di Kota Kinabalu, Sabah yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 13 Dis.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penilaian risiko di dua kawasan berkenaan.
"Sehingga 27 Nov, KKM mengesahkan masih terdapat 109 kes aktif di Kampung Numbak dan 136 kes aktif di penempatan Telipok.
"Selain jumlah kes aktif yang masih tinggi, terdapat ramai lagi penduduk di kedua-dua lokaliti ini yang perlu menjalani ujian saringan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, dua kawasan itu dikenakan PKPD bermula 16 Nov lepas.
- Bernama
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

