Rakyat tak puas hati dengan jawapan kerajaan... kata Muhkriz
Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir menolak dawaan para pemimpin Umno yang mengatakan rakyat berpuas hati dengan penjelasan kerajaan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan oleh bapanya.
Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir menolak dawaan para pemimpin Umno yang mengatakan rakyat berpuas hati dengan penjelasan kerajaan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan oleh bapanya.
Beliau yang juga Exaco Pemuda Umno menegaskan, bukan Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang sahaja yang tidak puas hati dengan jawapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menteri-menteri kabinet, malah sebahagian rakyat di akar umbi turut mempersoalkan jawapan-jawapan yang diberikan kepada empat soalan yang dikemukana oleh Dr Mahathir itu.
" Empat soalan yang dikemukan oleh Tun (Dr Mahathir) setakat ini belum dijawab dengan memuaskan. Bukan Tun sahaja tak puas hati, orang lain pun tak puas hati juga."
"Saya bertemu ramai orang di akar umbi, mereka semuanya merasakan kerajaan tidak mejawab semua soalan-soalan itu dengan tepat,"tegasnya dalam sidang media di Ipoh selepas merasmikan mesyuarat Pemuda Umno Gopeng malam Sabtu lalu.
Menteri-menteri kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mendakwa rakyat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan kerajaan termasuk penjelasan Abdullah dalam program 'Bersemuka Perdana Menteri' yang disiarkan oleh TV3 baru -baru ini terhadsap soalan-soalan yang dikemukakan oleh Dr. Mahathir.
Menurut Mukhriz, kerajaan sekarang 'berhutang' jawapan yang memuaskan dengan rakyat khususnya ahli-ahli Umno.
" Saya yakin mereka yang berkuasa mempunyai jawapan-jawapan tersebut. Jawablah dengan rasional terhadap soalan-soalan yang rasional itu," tambahnya.
Agenda peribadi
Muhkriz juga menyangkal tuduhan yang mengatakan bapanya mengkritik kerajaan dan mempunyai agenada untuk kembali menjadi Perdana Menteri.
" Tun hanya bertanya empat soalan, bukannya mengkritik. Malangnya soalan-soaln itu hingga kini belum dijawab dengan memuaskan,"katanya.
Beliau juga menegaskan, bapanya sudah lama mentadbirkan negara dan tidak lagi mempunyai kepentingan atau agenda tertentu.
Mengulas tentang kenyataan Abdullah di Kuantan baru-baru ini yang mengatakan "orang-orang yang merasakan dirinya pandai adalah 'iblis'", Mukhriz merasakan kenyataan itu tidak ditujukan kepada bapanya.
" Kenyataan itu mungkin ditujukan kepada orang-orang yang dikatakan menghasut ayah saya. Tapi saya tidak percaya kedua-dua orang yang disebut sebagai penghasut itu telah mempengaruhi Tun."
Ayah saya bertanggungjawab terhadap apa yang dibuat dan dicakapkannya. Saya tak fikir kedua-dua orang yang dikatakan menghasut ayah saya itu pakar dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh ayah saya,"jelas beliau lagi.

