Kalimullah,"Salahkah saya membantu Khairy..."
Salahkah kami membantu seorang anak muda untuk bertapak dalam hidupnya..."
Inilah soalan yang ditanya oleh Pengerusi ECM Libra Avenue Berhad (ECM) Datuk Kalimullah Hassan apabila ditanya mengapa pinjaman RM9.2 juta diberikan kepada menantu Prdana Menter, Khairy Jamaluddin bagi membeli saham dalam syarikat berkenaan.
Salahkah kami membantu seorang anak muda untuk bertapak dalam hidupnya..."
Inilah soalan yang ditanya oleh Pengerusi ECM Libra Avenue Berhad (ECM) Datuk Kalimullah Hassan apabila ditanya mengapa pinjaman RM9.2 juta diberikan kepada menantu Prdana Menter, Khairy Jamaluddin bagi membeli saham dalam syarikat berkenaan.
Dalam wawancara dengan akhbar mingguan The Edge , Kalimullah mengakui beliau bersama dua lagi rakan kongsinya, David Chua dan Lim Kian Onn yang memberikan pinjaman tersebut kepada Khairy yang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno.
"Saya dan dua rakan kongsi saya tidak datang dari keluarga berada dan apa yang ada pada kami sekarang adalah hasil pertolongan seseorang. Jadi apa salahnya kami mahu membantu Khairy? Apabila dia meminta bantuan kami, kami setuju. Ayahnya hanya seorang kiakitangan awam tetapi dia pintar dan kuat berkerja, lalu kami bersetuju untuk menolongnya."
"Kami telah menolong ramai orang sebelum ini tetapi tiada siapa bercakap tentangnya. Sejak dua tahun lalu kami telah menubuhkan yayasan dan membantu ramai anak muda Malaysia," jelasnya.
Kalimullah, yang juga Timbalan Pengerusi Kumpulan New Straits Times (NSTP) merujuk kepada yayasan pendidikan yang ditubuhkannya bersama dua rakan kongsinya beberapa tahun lalu.
Beliau juga menyatakan, sepatutnya penyertaan Khairy ke dalam ECM tidak perlu didedahkan sepenuhnya kepada umum kerana beliau tidak menjadi pemegang saham utama syarikat itu. Khairy juga tidak menjadi ahli lembaga pengarahnya.
Pinjaman itu juga katanya hanyalah satu pinjaman peribadi yang tidak melibatkan syarikat.
"Tetapi kami mahu berlaku telus. Dan lihatlah apa yang terjadi apabila kami telus? Bila difikir-fikirkan balik, kami sepatutnya tidak perlu terlalu telus. RM9.2 juta sebenarnya terlalu kecil jika dibandingkan dengan ratusan juta ringgit hutang anak-anak orang kenamaan lain pada bank-banbk dan institusi kewangan yang hingga kini masih tidak berbayar."
"Apa yang kami beri kepada Khairy ialah pinjaman peribadi yang tidak menjejaskan sesiapapun kecuali kami bertiga. Khairy tidak mendapat apa-apa secara percuma di ECM. Beliau berkerja keras untuk mendapatkannya," jelas Kalimullah lagi.
Isu pembelian saham ECM oleh Khairy ini dipersoalkan oleh parti pembangkang beberapa bulan lalu dan sejak akhir-akhir ini turut dikritik oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sabtu lalu Khairy mengumumkan menjual semua 10.2 sahamnya dalam ECM pada harga 65 sen sesaham manakala Kalimullah menjual 16.26 juta sahamnya, menjadikannya pemegang saham minoriti dengan 4.8 peratus kepentingan sahaja. Saham-saham mereka dijual kepada AmcorpGroup Bhd.
Mengulas tindakan penjualan itu, Kalimullah berkata, beliau terpaksa melakukannya setelah ECM menjadi tumpuan berlebihan orang politik dan media.
Kalimullah yang sedih dengan perkembangan berkenaan berkata: "Saya lakukan ini untuk melindungi kepentingtan ECM dan para pemegang sahamnya. Tuduhan-tuduhan terhadap kami adalah tidak adil dan akan menjejaskan ECM. Saya tidak mahu itu berlaku..."
"Nilai saham syarikat merosot kerana saya dan Khairy. Moral kakitangan terjejas. Kerana itu saya mengambil keputusan untuk menjual pegangan saya kerana apa yang berlaku tidak adil bagi para pemegang saham lain," katanya.
Beliau melahirkan kehairanannya mengapa ECM menjadi sasaran sedang terdapat lebih 1,000 firma di Bursa Saham Kuala Lumpur yang dikuasai dan diuruskan oleh orang politik dan anak-anak wereka.
"Nampaknya ECM bukan sahaja dikawalselia oleh pihak berkuasa kerajaan seperti Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara, tetapi oleh pemimpin politik dari pelbagai parti," tambahnya.
Kalimullah juga mendedahkan syarikat berkaitan kerajaan, Amanah Raya Berhad mahu membeli saham-saham miliknya dan Khairy pada harga yang lebih tinggi tetapi mereka menolaknya kerana tidak mahu nanti dikatakan mendapat bailout dari kerajaan. Berita asal
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.