Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno minta Bersatu dan PAS terus sokong PN di Perak
Diterbitkan:  Dec 4, 2020 6:18 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak mesti dikekalkan, kata setiausaha agung Umno Ahmad Maslan.

"Semua exco kerajaan negeri juga mesti diteruskan.

“Umno juga berpendirian bahawa Bersatu dan PAS harus mendukung kerajaan PN negeri Perak," katanya.

Undi percaya terhadap Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar pagi tadi gagal selepas hanya 10 daripada 59 Adun menyokongnya.

PAS setakat ini tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan baru di Perak, selaras dengan tindakan tiga Adun parti itu yang menyokong usul percaya terhadap Faizal.

Dalam kenyataan ringkas sebentar tadi, Ahmad berkata status kerajaan negeri tidak berubah susulan kegagalan usul undi percaya terhadap Menteri Besar Faizal Azumu pagi tadi.

"Undi percaya yang berlaku pada hari ini hanya melibatkan jawatan menteri besar Perak sahaja tanpa mengubah status kerajaan negeri,” katanya.

Setakat ini belum jelas sama ada PN - Umno, Bersatu dan PAS - akan mempertahankan kerajaan atau penjajaran semula politik akan sekali lagi berlaku di Perak.

Umno dan DAP mempunyai kerusi terbanyak dalam DUN Perak, masing-masing 25 dan 16 kerusi.

Amanah mempunyai lima kerusi, diikuti Bersatu (6), PKR dan PAS masing-masing tiga kerusi dan bebas satu.

 

Lihat Komen
ADS