Belum ada calon untuk dilantik sebagai menteri besar Perak ketika ini walaupun Sultan Nazrin Shah sudah menerima mengadap pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Umno hari ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini, berkata pagi tadi Sultan Perak mendengar semua pandangan yang diberikan pemimpin parti dan bukan menjadi tanggungjawab baginda untuk mencampuri urusan parti terbabit.

"Baginda Sultan hanya boleh menasihatkan mereka agar carilah formula yang terbaik untuk menubuhkan kerajaan dan pimpinan yang baru... itu saja," katanya kepada media di luar pekarangan Istana Kinta di Ipoh hari ini.

Tambah Mohd Annuar, esok pagi Sultan Nazrin akan menerima mengadap Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi pula.

Pagi tadi Sultan Nazrin berkenan menerima empat pemimpin parti politik di Perak susulan apa yang berlaku di DUN negeri itu semalam yang menyaksikan Ahmad Faizal Azumu hilang kepercayaan anggota dewan untuk terus menjadi menteri besar.

Mereka ialah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Asmuni Awi (Amanah) dan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubakar. Ketiga-tiga parti itu merupakan rakan komponen Pakatan Harapan (PH).

Sejurus kemudian Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad pula mengambil giliran mengadap Sultan Nazrin.

Ditanya mengenai nama calon menteri besar yang baru Mohd Annuar berkata pihak istana dimaklumkan Umno sedang merundingkan hal itu.

"Kita difahamkan mereka masih dalam perundingan dan malam ini Umno akan mengadakan mesyuarat khas badan perhubungan khas negeri," katanya.

Semalam Umno mengemukakan usul agar kepercayaan anggota DUN Perak ke atas Ahmad Faizal dibentangkan dalam DUN Perak. Selepas mendapat persetujuan yang dipertua DUN, ia dikemukakan untuk diundi.

Separutnya Adun Chenderiang itu membentangkan Belanjawan 2021 Perak di DUN semalam.

Dengam hanya 10 undi yang memihak kepada Ahmad Faizal, bermakna timbalan presiden Bersatu tidak mendapat keyakinan majoriti sebagai menteri besar dan terpaksa berundur dari jawatannya.

Sebanyak 48 Adun mengundi untuk menolak Ahmad Faizal.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini