GLOBAL | Joe Hunter, anak lelaki bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), pada Rabu mengakui beliau disiasat pendakwa raya persekutuan di Delaware berkaitan cukai, lapor Agensi Anadolu.

"Semalam, saya dimaklumkan buat pertama kali, Pejabat Peguam AS di Delaware memberitahu peguam saya, bahawa mereka sedang menyiasat hal ehwal percukaian saya," kata Hunter Biden menerusi satu kenyataan.

"Saya yakin siasatan yang profesional dan objektif mengenai hal ini akan membuktikan saya menguruskannya secara sah dan betul, termasuk yuran profesional yang diterima penasihat cukai," tambahnya.

Hunter Biden menjadi sasaran serangan peribadi Presiden Donald Trump sepanjang kempen pilihan raya, dengan ketua turus angkatan tentera yang tewas itu memetik bukti lemah untuk menuduh Biden mengamalkan kronisme ketika lapan tahun beliau menjadi naib presiden.

Pasukan peralihan Joe Biden dalam satu kenyataan berkata bakal presiden "sangat bangga dengan anak lelakinya, yang sudah berjuang menghadapi cabaran sukar, termasuk serangan peribadi dahsyat sejak kebelakangan ini, tetapi akhirnya muncul lebih kuat."

Peguam AS Delaware, David Weiss belum mengulas mengenai siasatan tersebut.

- Bernama