Prasyarat Tun sebelum gencatan senjata (Bhg I)
Pada kemuncak kemelut antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, anak Tun Datuk Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad telah mencadangkan cara untuk menyelesaikannya. Dan rasanya ini bukan suatu kebetulan.
Semasa menjawab permintaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz supaya menasihati ayahnya agar berhenti mengkritik kerajaan secara terbuka Mukhriz sekali lagi mengulangi bahawa empat persoalan yang diutarakan oleh Tun mengenai isu pembatalan jambatan bengkok, penjualan MV Agusta, Proton serta Permit Import (AP), perlu dijawab terlebih dahulu.
Untuk menangkis dakwaan Nazri bahawa Tun adalah pemukul gendang dan beliau (Nazri) cuma menari mengikut rentak gendang saja, Mukhriz menyarankan Tun dijemput bercakap di Majlis Tertinggi Umno secara tertutup. Dan beliau merasakan ia tidak ada masalah memandangkan bilangan ahli MT yang ramai berbanding dengan Tun seorang sahaja.

Berbanding dengan cadangan Tengku Razaleigh Hamzah supaya diadakan perhimpunan khas untuk memberi peluang kepada Tun bercakap, cadangan Mukhriz ini lebih mudah diterima, memandangkan MT Umno awal-awal lagi, telah memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri dalam kemelut terbabit.
Saranan Mukhriz agar tidak diguna taktik mengungkit-ungkit soal peribadi dan menggembar-gemburkan perkara yang telah lepas mengenai Tun, nampaknya bijak juga.
Maklumlah, dalam aspek terbabit, Tun tentu akan lebih terjejas berbanding dengan Abdullah, kerana beliau (Abdullah) pernah digelar sebagai 'Mr Clean' suatu masa dahulu, dan kini masih berani mengaku secara sinis bahawa beliau bukan Mr 10%!
Bila seseorang berkata dia sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran di masjid, atau mencabar lawannya untuk berbuat demikian, ia menunjukkan insan terbabit amat kecewa dan mungkin tidak begitu berpengaruh lagi seperti yang dianggap.
Surat Singapura
Dalam isu pembatalan jambatan bengkok, apa perlu bersumpah menjunjung al-Quran? Kerajaan sudah mengaku dan mengklasifikasi semula beberapa dokumen rahsia untuk membuktikan pada awalnya Singapura setuju, tetapi kemudiannya ditarik balik, Tun berkali-kali mengeluarkan surat Singapura untuk membuktikan persetujuan pihak Singapura, tetapi gagal membuktikan Singapura tidak pernah menarik balik persetujuannya.
Ketidak-rasionalan Tun amat ketara, bila beliau meminta Perdana Menteri Abdullah berundur sekarang juga atas kesalahan menjual negara (kemudiannya diberi lima tahun bagi seseorang diktator untuk membetulkan kesalahannya).
Sekalipun menjual pasir kepada Singapura dan membenarkan tentera udaranya mengguna ruang udara negara kita boleh dianggap sebagai menjual negara seperti anggapan Tun, bukankah pembatalan jambatan bengkok telah mengelakkan kedua-dua angkara terbabit daripada berlaku?
Di mana logiknya. Di satu pihak Tun menuduh kerajaan menjual negara kerana menawar untuk menjual pasir kepada Singapura dan membenarkan tentera udaranya mengguna ruang udara negara kita, tetapi di pihak yang lain, membantah keras pula tentang pembatalan jambatan bengkok yang sekaligus membatalkan kedua-dua angkara tersebut?
T
entang isu-isu penjualan MV Augusta, Proton serta Permit Import (AP), Tun mungkin ada bukti menenai amalan tidak diingini dilakukan oleh kerajaan atau kementerian terbabit, namun pihak kerajaan mungkin mempunyai lebih banyak fakta yang sanggup membuktikan salahlaku pada zaman Tun.
Justseru, ajakan secara rendah hati oleh Radzi Mari hentikan semua ini, malah menawarkan dirinya untuk pergi berjumpa dengan Tun menunjukkan hasratnya untuk mencari penyelesaian.
Malah menurut Radzi, sungguhpun rasanya susah untuk Pak Lah sendiri yang pergi berjumpa dengan Tun kalau dilihat apa yang berlaku setakat ini, namun beliau tetap yakin, kalau beliau sendiri yang terpaksa pergi berjumpa dengan Tun, Pak Lah akan pergi.
Mungkin inilah masa dan peluang untuk Tun berpatah balik walaupun beliau telah terlanjur, terutamanya apabila meminta Perdana Menteri Abdullah untuk berundur atas tuduhan menjual negara .