Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis Kelantan tahan ustaz disyaki cabul guru wanita

Polis Kelantan menahan seorang pengamal perubatan tradisional bergelar ustaz yang disyaki mencabul wanita berusia 43 tahun pada kejadian 6 September lalu di Bandar Baru, Tunjung, Kota Bharu.

Ketua Polis Dearah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa yang juga seorang guru pergi ke sebuah rumah di Kampung Bechah Mulong, Kota Bharu dan berjumpa dengan suspek bagi mengubati lenguh badan.

Katanya, pada keesokkan hari kira-kira jam 2.30 petang mangsa berseorangan pergi ke pejabat suspek di Pusat Perniagaan Darul Naim, Bandar Baru Tunjung.

"Semasa di pejabat tersebut, saspek dikatakan mencabul mangsa. Mangsa yang ketakutan telah keluar dari pejabat saspek dan memberitahu suaminya tentang kejadian," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Sementara itu Abdul Rahim berkata, berdasarkan siasatan awal, pada awal tahun ini juga mangsa bersama suaminya berjumpa dengan suspek bagi mengubati sakit badan selepas diberitahu oleh rakannya tentang rawatan perubatan tradisional oleh ustaz tersebut.

"Semasa kejadian di pejabat itu mangsa berseorangan bersama suspek. Menurut mangsa semasa proses rawatan, suspek bertindak memegang dan menghisap payudara serta meraba kemaluannya.

"Mangsa telah menceritakan kejadian kepada suaminya setelah melihat mangsa dalam keadaan kemurungan selepas kejadian," katanya.

Tambahnya, suspek kini direman selama empat hari sehingga 13 Disember untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Lihat Komen
ADS