Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,937 kes baru, lebih separuh di Lembah Klang
Diterbitkan:  Dec 12, 2020 6:29 PM
Dikemaskini: 11:02 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan terdapat 1,937 kes baru Covid-19 dan sembilan kematian.

Lebih separuh daripada kes baru, iaitu 54.8 peratus, dilaporkan di Lembah Klang. Selangor mencatatkan 823 kes (42.4 peratus) manakala Kuala Lumpur dengan 238 kes (12.3 peratus).

Sebahagian besar kes di Selangor, iaitu 714 kes (86.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan saringan kontak rapat.

Walaupun sebahagian besar kes baru di Lembah Klang adalah daripada kluster dan punca yang diketahui, sebanyak 135 kes (12.7 peratus) diklasifikasikan sebagai "lain-lain saringan".

Klasifikasi itu digunakan antaranya bagi saringan untuk mereka yang bergejala, saringan prapembedahan dan saringan di tempat kerja.

Sabah pula negeri dengan kes baru kedua tertinggi iaitu sebanyak 429 kes (22.1 peratus).

Kes baru di Johor juga mencecah tiga angka hari ini, dengan 105 kes.

Sebanyak 725 kes baru yang dilaporkan hari ini (37.4 peratus) berkaitan kluster di pusat tahanan sementara (PTS) dan penjara.

Ia membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (565 kes), Kluster Rumah Merah (112 kes), Kluster Tembok (43 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes).

Sementara itu, terdapat 911 pesakit yang telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 68,084 kes (iaitu 82.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Perincian utama:

Kes aktif: 13,751 (1,884 lebih banyak daripada hari sebelumnya)

Pesakit di ICU: 121 (2 kurang daripada hari sebelumnya)

Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 66 (3 lebih banyak daripada hari sebelumnya)

Kematian: 9 (jumlah keseluruhan 411)

Korban terbaru adalah seperti berikut:

  • Pesakit 47,390 - Lelaki, 41 tahun, meninggal dunia di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor
  • Pesakit 52,970 - Lelaki, 58, meninggal dunia di Hospital Tuaran, Sabah
  • Pesakit 64,325 - Lelaki, 84, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang
  • Pesakit 67,155 - Lelaki, 71, meninggal dunia di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor
  • Pesakit 67,928 - Perempuan, 49, meninggal dunia di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor
  • Pesakit 78,952 - Lelaki, 74, meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah
  • Pesakit 79,026 - Lelaki, 65, jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah
  • Pesakit 69,654 - Lelaki, 33, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor
  • Pesakit 79,027 - Lelaki, 38, jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah

3 kluster baru, 4 kluster tamat

KKM turut memaklumkan terdapat tiga kluster baru yang dilaporkan hari ini, iaitu Kluster Bukit Gemok di Tawau, Sabah. Setakat ini sebanyak 71 individu telah disaring dengan 10 daripadanya positif.

Kluster baru kedua ialah kluster Tapak Bina Cendana yang melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, dan Cheras, di Kuala Lumpur.

Kes-kes awal dikenal pasti sejak 10 Dis menerusi saringan bersasar di tempat kerja. Setakat ini, seramai 175 orang telah disaring dengan 11 daripadanya positif (10 warga asing, seorang warga tempatan).

Kluster baru ketiga pula ialah kluster Dang Mutiara melibatkan daerah Gombak di Selangor serta Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Kes indeks kluster ini dilaporkan positif pada 9 Dis menerusi saringan sign on pelantar minyak dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Setakat ini, seramai 102 orang telah disaring dengan 10 daripadanya positif.

Dalam pada itu, terdapat empat kluster yang ditamatkan hari ini iaitu kluster Abell (Sarawak), kluster Seridana (Putrajaya) serta kluster Limbungan dan kluster Bina Labuan (Labuan).

Ia menjadikan jumlah kluster yang masih aktif dan sedang dipantau kepada 189 kluster.

Berikut adalah pecahan kes baru mengikut negeri:

Selangor: 823

Sabah: 429

Kuala Lumpur: 238 (2 daripadanya merupakan kes import)

Johor: 105

Penang: 102

Pahang: 79

Perak: 62

Negeri Sembilan: 49

Kedah: 16

Malacca: 15

Labuan: 11

Terengganu: 6

Sarawak: 1

Kelantan: 1

Putrajaya: Tiada kes

Perlis: Tiada kes

[Untuk jumlah kumulatif kes baruselama 14 hari lalu berdasarkan mukim, klik di sini. Untuk perincian kes baru berdasarkan kluster, klik di sini. Kemungkinan terdapat data yang belum dikemas kini oleh jabatan kesihatan negeri.]

 

Lihat Komen
ADS