Bekas Perdana Menteri kelima Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Jeanne Abdullah menzahirkan ucapan takziah kepada Najib Razak dan keluarga atas pemergian bondanya Allahyarhamah Rahah Mohamed Noah petang tadi.
Abdullah dan isteri dalam kenyataan hari ini turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang bertaqwa.
Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan.
Allahyarhamah berkahwin dengan perdana menteri Malaysia kedua Abdul Razak Hussein pada 4 Sept 1952, dikurniakan lima anak lelaki iaitu Najib, Mohamed Nazir, Ahmad Johari, Mohamed Nizam dan Mohamed Nazim.
-Bernama
