Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak pakai pelitup muka, presiden Chile didenda RM14,000
Diterbitkan:  Dec 19, 2020 12:31 PM
Dikemaskini: 4:31 AM

GLOBAL | Presiden Chile Sebastian Pinera didenda AS$3,500 (RM14,141.75) kerana bergambar bersama orang ramai di sebuah pantai tanpa memakai pelitup muka pada Jumaat lalu, menurut penguatkuasa kesihatan negara itu.

Menurut Reuters, gambar swafoto tersebut menunjukkan Pinera dan seorang wanita dengan jarak yang rapat dengan kedua-duanya tidak memakai pelitup muka.

Gambar itu tersebar di media sosial pada awal bulan ini.

Pinera memohon maaf dan mengaku bersalah sebaik gambar itu tersebar.

Dia kemudian juga bahawa insiden itu berlaku ketika dia berjalan seorang diri di pantai tersebut yang dekat dengan kediamannya, sebelum seorang wanita mendekatinya untuk bergambar.

Chile mempunyai peraturan ketat berhubung pemakaian pelitup muka dengan ia diwajibkan di semua tempat awam.

Mereka yang gagal berbuat demikian akan berdepan dengan hukuman termasuk denda dan malah boleh dipenjarakan.

Menurut laporan itu lagi, pada tahun lalu gambar Pinera diambil ketika dia di sebuah parti pada malam sama protes berkenaan jurang pendapatan tercetus di ibu kota Santiago.

Dia kemudian dilihat bergambar di lokasi protes, di saat penunjuk perasaan diminta berada di rumah susulan penularan wabak Covid-19.

Chile merekodkan 581,135 kes positif Covid-19 dengan 16,051 kematian sejak wabak itu mula menular pada Mac lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS