Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM pandang serius dakwaan konspirasi rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius maklumat bertajuk ‘Konspirasi dan Skandal Rasuah di Malaysia’ yang tular semalam menerusi aplikasi WhatsApps menggunakan nama penulis dikenali sebagai Muhammad Fauzan Jamil.

SPRM dalam kenyataan semalam memaklumkan perkara itu adalah palsu serta fitnah dan e-mel yang digunakan juga palsu.

“Oleh itu, SPRM telah menghubungi penama terbabit menerusi nombor telefon yang dipaparkan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penulisan yang disebar luas pihak tertentu.

“Hasilnya, penama berkenaan menjelaskan menerusi WhatsApp bahawa beliau tidak mengetahui langsung berhubung penulisan tersebar itu menggunakan nama dan nombor kad pengenalannya,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, penama terlibat akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Kenyataan SPRM turut menyebut bahawa tohmahan itu sengaja diadakan dengan niat mencemarkan imejnya dan berharap Polis Diraja Malaysia dapat menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS