Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan bahawa Perikatan Nasional (PN) sedang mentadbir negara ini sebagai sebuah kerajaan Melayu Islam.

Sebaliknya kata bekas perdana menteri itu dakwaan tersebut merupakan suatu pembohongan kerana PN dibangunkan dengan sokongan beberapa ahli politik bukan Melayu atau bukan Islam.

Malah katanya tanpa sokongan ahli parlimen bukan Melayu dan bukan Islam itu, kerajaan PN akan runtuh.

"Kalau ada dua tiga orang Cina dan India ini tak sokong, jatuh kerajaan. Dua tiga (ahli parlimen) yang bukan Islam ini boleh jatuhkan kerajaan," katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis Amanat Perjuangan anjuran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Shah Alam hari ini.

Selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan akhir Feb lalu Bersatu bersama beberapa ahli parlimen PKR membentuk kerjasama dengan BN serta PAS untuk menubuhkan kerajaan baru.

Sesetengah pihak mendakwa PN ialah sebuah kerajaan Melayu Islam berbanding PH yang digambarkan pengkritiknya sebagai kerajaan yang dikuasai DAP.

Pemimpin parti politik dan sesetengah agamawan pula mendakwa Islam terancam di bawah PH.

Untuk rekod PN berdiri hasil sokongan tipis anggota parlimen kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Mahathir berkata antara pihak yang bekerjasama mewujudkan kerajaan PN juga terdiri daripada ahli parlimen yang meninggalkan PKR.

"Siapakah mereka ini? Islam semuakah? Kita tak periksa lagilah tapi nampak macam bukan semua Islam.

"Sekali lagi mereka bergantung kepada yang bukan Islam ni untuk mendapatkan cukup bilang mendirikan kerajaan.

"Penyokong-penyokong Azmin umpamanya, empat orang adalah bukan Islam," katanya merujuk kepada bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

Dalam keadaan begitu, kata Mahathir, kerajaan PN yang dipimpin Muhyddin turut bergantung sokongan kepada beberapa enam orang "penyangak" - merujuk kepada pemimpin kanan Umno - dan sudah didakwa di mahkamah.

Sebahagian daripada mereka, katanya, sudah dijatuhkan hukuman.

"Lagi empat orang pengikut Azmin yang bukan Islam, itu dah 10 orang.

"Kalau tidak disokong ahli parlimen bukan Islam, kerajaan PN akan jatuh. Jadi bolehkah kita kata kerajaan yang didirikan ini kerajaan Melayu Islam?" katanya.

Tambah Mahathir kerajaan PN juga ketika ini begitu takut dan lemah kepada ahli politik tertentu termasuk yang didakwa di mahkamah, disabitkan kesalahan serta ahli parlimen bukan Islam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS