Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan batal rancangan bina insinerator di Kepong, cari lokasi lain
Diterbitkan:  Jan 4, 2021 2:47 PM
Dikemaskini: 6:47 AM

Kerajaan membatalkan rancangan untuk membina loji insinerator sampah kepada tenaga di Taman Beringin di Kepong, Kuala Lumpur, yang dibantah sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, beberapa cadangan lokasi baru sedang diteliti untuk projek itu.

Katanya, kementerian juga sedang mendapat persetujuan pihak-pihak terlibat sebelum lokasi baru dimuktamadkan.

"Cadangan lokasi asal bagi projek loji rawatan sisa pepejal 'waste to energy' adalah di Taman Beringin.

"Bagaimanapun, cadangan lokasi ini telah mendapat bantahan daripada orang awam. Selain itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah mempunyai perancangan pembangunan di kawasan sekitar yang dikhuatiri akan menimbulkan masalah pada masa hadapan sekiranya projek diteruskan di situ," katanya dalam jawapan Parlimen kepada Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng.

Lim meminta Zuraida menyatakan keputusan kerajaan berhubung cadangan lokasi insinerator di Kuala Lumpur.

Terdahulu, pentadbiran PH mengakui keperluan membina sebuah insinerator tetapi berkata akan menilai keperluan menjadikan Taman Beringin sebagai lokasi, yang hanya kira-kira 12 kilometer daripada pusat bandaraya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS