Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ismail nasihat buat ujian swab Covid-19 sebelum rentas negeri
Diterbitkan:  Jan 5, 2021 5:53 PM
Dikemaskini: 9:53 AM

Rakyat Malaysia yang merancang melakukan perjalanan rentas negeri atau daerah digalakkan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum meninggalkan zon merah.

Nasihat itu diberikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini setelah kebenaran untuk melakukan perjalanan rentas negeri dilaporkan mencetuskan kluster baru Covid-19.

Ismail meminta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan mereka sebelum kerajaan memutuskan tindakan selanjutnya.

"Kita ada dua pilihan sama ada nak membenarkan rentas daerah atau negeri atau sekat pergerakan seperti dulu. Setakat ni kita benarkan, kita tidak ada sekatan lagi.

Menurut Ismail, Kementerian Kesihatan (KKM) masih membuat penilaian risiko terhadap pergerakan rentas negeri atau daerah terutama di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

"Walaupun (KKM) mereka sedang mengkaji, saya harap kita rakyat menjaga keselamatan diri dan keluarga. Walaupun dibenarkan setakat ni untuk bergerak bebas, tapi boleh lindungi diri kita dan orang lain. Sebagai contoh, secara sukarela misalnya, membuat ujian saringan swab test," katanya.

Katanya, individu yang merancang untuk meninggalkan Kuala Lumpur bagi memasuki zon merah di Pahang misalnya, boleh menjalani ujian tiga hari sebelum melakukan perjalanan, manakala mereka yang kembali dari kawasan zon merah juga boleh menjalani ujian serupa.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengaitkan lima kluster baru Covid-19 dengan perjalanan rentas negeri dan daerah setelah aktiviti itu dibenarkan pada 7 Dis lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS