Malaysiakini
BERITA

Dewan Perwakilan AS tetap luluskan usul singkir Trump

Diterbitkan

GLOBAL l Dewan Perwakilan yang dikuasai Demokrat meluluskan resolusi mendesak Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence menggunakan seksyen empat Perkara 25 Perlembagaan, untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump kerana pembabitannya dalam rusuhan di Capitol, meskipun naib presiden itu telah memberi amaran bahawa langkah itu akan menjadi duluan terburuk, lapor Agensi Berita Sputnik.

Dewan Senat pada Selasa meluluskan perkara itu dengan 220 berbalas 205 undi. Resolusi itu meminta Pence memangku jawatan presiden selepas Trump didapati "gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya."

Pence, dalam sepucuk surat kepada Speaker Dewan Nancy Pelosi menjelang undian itu, menyatakan langkah itu akan menjadi duluan terburuk dan boleh memecah belahkan negara. Susulan itu, Dewan pada Rabu memutuskan meneruskan usul mendakwa.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.