Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jeffrey Kitingan, isteri pulih dari Covid-19

Timbalan Ketua Menteri II Dr Jeffrey Kitingan dan isteri telah discaj dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu selepas pulih daripada jangkitan Covid-19 hari ini.

Jeffrey dan Cecilia Kitingan meninggalkan hospital itu pada satu tengah hari selepas dimasukkan ke hospital sejak 4 Jan berikutan mereka disahkan positif ujian Covid-19 pada 3 Jan.

“Saya bersyukur dengan tugas baik yang dilaksanakan oleh petugas barisan hadapan kita yang telah bekerja keras, mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk memerangi Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jeffrey juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah merawat mereka terutama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Christina Rundi, Pengarah QEH Dr William Gotulis, Ketua Unit Penyakit Berjangkit Dr Lee Heng Gee dan kakitangan Dr Rachel serta staf hospital yang menjaga mereka sepanjang tempoh dua minggu berada di hospital itu.

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun yang juga jurucakap Covid-19 negeri, berkata 379 pesakit wabak itu telah discaj hari ini.

Jumlah kumulatif pesakit pulih Covid-19 di Sabah kini 38,989 orang.

-Bernama

Lihat Komen
ADS