Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PH mahu perincian sebelum putuskan sertai jawatankuasa darurat

Pakatan Harapan (PH) ingin meneliti terma rujukan jawatankuasa bipartisan yang dicadangkan bagi memberi nasihat kepada Yang Di-Pertuan Agong mengenai pengisytiharan darurat sebelum memutuskan untuk menyertainya.

"Kami mahukan butirannya terlebih dahulu. Kita perlu lihat terma rujukan dan berapa banyak anggota yang akan ada. Kami perlu mengkaji terma rujukan," kata timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub kepada Malaysiakini.

Salahuddin berkata pejabat Ketua Pembangkang sedang berusaha mendapatkan maklumat tersebut.

Katanya, pembangkang akan mengadakan mesyuarat apabila butirannya tersedia.

"Kita akan tunggu dan lihat," tambahnya.

Pembangkang kini berada dalam dilema sekiranya menyertai jawatankuasa itu bermakna akan mengabsahkan perisytiharan darurat yang ditentangnya.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata pengiytiharan darurat perlu bagi membantu kerajaan memerangi wabak Covid-19.

Namun, PH mendakwa darurat merupakan strategi Muhyiddin untuk terus berkuasa setelah hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Darurat yang berkuat kuasa dari 11 Januari hingga 1 Ogos, menyaksikan parlimen digantung.

Lihat Komen
ADS