Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tentera rejim Israel serang Gaza
Diterbitkan:  Jan 18, 2021 4:02 PM
Dikemaskini: 8:02 AM

GLOBAL l Jet pejuang Israel melancarkan serangan di Semenanjung Gaza pada Isnin pagi, susulan dua roket yang dilancarkan Hamas, lapor Agensi Anadolu.

Serangan menyasarkan terowong milik kumpulan Hamas, kata jurucakap tentera Avichay Adraee di Facebook.

Beliau berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap "dua roket yang dilancarkan dari utara Semenanjung Gaza yang menyasarkan kawasan pantai berhampiran kota Ashdod."

Menurut wartawan Anadolu, dron dan pesawat perang Israel mengebom dua lokasi yang terletak di timur kota Rafah dan Khan Yunis.

Tiada kecederaan dilaporkan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS