Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim sokong gesaan adakan sidang khas parlimen
Diterbitkan:  Jan 19, 2021 5:47 PM
Dikemaskini: 9:48 AM

Veteran DAP, Lim Kit Siang menyambut baik gesaan supaya sidang khas parlimen diadakan memandangkan situasi Covid-19 di negara ini semakin buruk.

Jelasnya, ia selaras dengan Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat pertama pada 14 Januari lalu.

"Atas sebab ini, saya menyokong seruan supaya sidang parlimen khas mengenai Covid-19 dipanggil, yang selari dengan Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat pertama pada 14 Januari 2021, yang menyatakan 'Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog, dan dibubarkan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Marilah kita jadikan parlimen sebagai contoh untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, politik, mahupun kawasan, untuk bersatu demi usaha menyelamatkan Malaysia daripada wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ahli parlimen Ketereh, Annuar Musa mendakwa Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menghantar surat kepada ahli parlimen parti itu untuk menyatakan persetujuan dengan gesaan agar satu sidang parlimen khas diadakan berhubung proklamasi darurat.

Perkara itu didedahkan bekas setiausaha agung BN itu yang mahukan Ahmad merujuk pakar berkaitan terlebih dulu sebelum meminta ahli parlimen Umno menyatakan persetujuan.

Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said antara yang turut menolak surat Ahmad dan berpendapat tiada keperluan untuk memanggil sidang khas parlimen ketika proklamasi darurat.

Dalam pada itu Lim berkata, Malaysia kini menjadi antara negara yang berprestasi buruk dalam mengendalikan wabak Covid-19.

Jelasnya, berdasarkan kepada jumlah kes terkumpul tertinggi, Malaysia mencatatkan kes lonjakan pada 1 Dis lalu dan kini pada kedudukan lebih teruk berbanding beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Brazil dan Perancis.

Lihat Komen
ADS