Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Anggota parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, yang diuji positif Covid-19 hari ini, ada bertemu dengan Presiden Umno Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Abdul Razak di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur tiga hari lalu.

Seorang pegawai Zahid memberitahu Malaysiakini bahawa bosnya dan beberapa lagi kakitangan pejabat telah menjalani ujian calitan RT-PCR pagi ini.

Salah seorang pegawai Najib juga mengesahkan pertemuan Najib dengan Tajuddin.

Malaysiakini telah menghubungi beberapa individu lain dalam pertemuan itu termasuk beberapa ketua bahagian Umno untuk mengenal pasti sama ada mereka telah melakukan ujian Covid-19.

Tajuddin adalah pemimpin politik terbaru dalam senarai panjang wakil rakyat, menteri dan timbalannya yang diuji positif Covid-19 baru-baru ini.

Masih tidak pastikan punca Tajuddin dijangkiti virus itu, tetapi apa yang pasti dia menghadiri sidang media oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz pada 12 Januari, yang mengesahkan dia positif virus itu, semalam.

Nazri sebelum ini berkata dia memutuskan untuk menjalani ujian setelah menyedari bahawa dia pernah menemui aktivis Umno, Zaharin Mohd Yassin dalam sidang media yang sama.

Zaharin, di laman Facebook pada 14 Januari memaklumkan ujian calitannya positif.

Sementara, Nazri kini sedang di kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bharu, Kelantan.

Tajuddin juga mempengerusikan mesyuarat di pejabat Prasarana semalam.

Kontak rapat telah diperintah untuk menjalani ujian Covid-19 sementara individu lain yang menghadiri mesyuarat tersebut telah diarah kuarantin hingga 29 Januari.

Lihat Komen
ADS