Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ibu mentua Ako Mustapha meninggal dunia akibat Covid-19
Diterbitkan:  Jan 22, 2021 5:49 PM
Dikemaskini: 10:00 AM

Ibu mentua pelakon Ako Mustapha, meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Ako berkongsi berita kematian Hajah Santanina itu di Facebook.

"Assalamualaikum semua. Dukacitanya dimaklumkan bahawa mak mentua saya, Santanina kembali ke rahmatullah di HKL disebabkan virus Covid-19," katanya.

Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 48, sebelum ini pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibu mentuanya yang berada dalam keadaan kurang baik hingga dimasukkan ke hospital pada April, tahun lalu.

Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan dikurniakan empat anak.

Lihat Komen
ADS