Malaysiakini
BERITA

RON95, RON97 naik 1 sen, diesel naik 4 sen

Bernama

Diterbitkan

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen seliter, manakala harga diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini sehingga 29 Jan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya menyatakan, harga runcit baru petrol RON95 adalah RM1.90 seliter manakala harga baru bagi petrol RON97 adalah RM2.20 seliter.

“Harga runcit diesel naik daripada RM2.05 seliter kepada RM2.09 seliter,” kata kenyataan itu.

Menurut Kementerian Kewangan harga baru itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan, menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

-Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.