MB Pahang mohon maaf, telefon bimbit kena godam
Diterbitkan: Feb 1, 2021 3:59 PM
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, mengesahkan yang telefon bimbitnya telah digodam sejak awal pagi ini.
Sehubungan itu, Wan Rosdy menerusi kenyataan media di sini hari ini berkata, beliau akan segera membuat laporan polis bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini berhubung perkara itu.
“Saya memohon berbanyak maaf kepada semua pihak yang mungkin cuba berkomunikasi dengan saya menerusi telefon bimbit tersebut,” katanya.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.