Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sarawak tak pendekkan kuarantin bagi menteri
Diterbitkan:  Feb 10, 2021 5:45 PM
Dikemaskini: 11:18 AM

Sarawak tidak akan mengikut keputusan Putrajaya yang memndekkan tempoh kuarantin daripada 10 kepada tiga hari buat menteri yang pulang dari luar negara.

"Dasar masuk ke Sarawak dari luar negara tetap tidak berubah (untuk semua orang)," kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Dr Sim Kui Hian di Facebooknya semalam.

Untuk rekod, Sarawak mempunyai autonomi imigresen.

Ketika ini Sarawak mengenakan kuarantin 14 hari, bukannya 10 hari yang ditetapkan oleh kerajaan pusat.

Dua hari yang lalu, Menteri Kesihatan persekutuan Dr Adham Baba mengeluarkan perintah yang membolehkannya melonggarkan tempoh kuarantin bagi menteri yang pulang dari luar negeri kepada tiga hari.

Adham berkata tetapan itu mungkin akan diperluas kepada ahli perniagaan dan orang ramai.

Ini, katanya, kerana tempoh kuarantin 10 hari telah menghalang para pelabur untuk berkunjung ke negara ini, sehingga menjejaskan ekonomi.

Namun, pengkritik mengatakan keputusan ini tidak mempunyai asas saintifik.

 

Lihat Komen
ADS