Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Selamat Tahun Baru Cina daripada Malaysiakini
Diterbitkan:  Feb 12, 2021 8:28 AM
Dikemaskini: 12:31 AM

Sempena kedatangan Tahun Lembu hari ini, kami di Malaysiakini mengucapkan kepada semua - terutamanya pembaca kami - Selamat Tahun Baru Cina.

Tahun sebelum ini, iaitu Tahun Tikus, merupakan tahun yang sukar bukan saja untuk warga Malaysia, tetapi seluruh dunia.

Semoga pada tahun baru ini, negara dan dunia akan menang dalam perang menentang Covid-19. Sebelum itu, kita mesti terus menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kami berasa bangga dapat memberikan khidmat kepada anda sepanjang tahun lalu untuk masa depan yang lebih baik.

Kami bekerja dengan jumlah kakitangan yang terhad pada hari ini, esok dan Ahad sebelum kembali seperti biasa pada Isnin, 15 Feb, dengan membawakan lebih banyak berita untuk anda.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS