Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lagi ramai sembuh berbanding jangkitan baru, 17 kematian
Diterbitkan:  Feb 12, 2021 6:18 PM
Dikemaskini: 12:27 PM

Terdapat 3,318 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 258,306 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, jumlah 3,505 kes sembuh hari ini lebih tinggi berbanding jangkitan baru.

"Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini berjumlah 51,579 kes manakala dalam tempoh sama 17 kes kematian melibatkan warga tempatan dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di negara ini direkodkan sebanyak 953 kes," katanya.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan enam (6) kes di Selangor, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, serta satu (1) kes di Perak, Melaka, Kelantan, Pahang dan Johor.

"Kes-kes kematian melibatkan 16 warganegara dan satu bukan warganegara.

"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," katanya.

Dalam pada itu, 258 pesakit sedang dirawat di ICU, dengan 119 orang memerlukan bantuan pernafasan, katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, Selangor melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 1,214 kes (36.6 peratus) diikuti oleh Johor sebanyak 742 kes (22.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 374 kes (11.3 peratus).

Ia diikuti Kedah (188 kes); Pulau Pinang (149); Sabah dan Negeri Sembilan masing-masing 118 kes; Perak (99); Sarawak (83); Kelantan (79); Terengganu (72); Melaka (45); Pahang (30); Putrajaya (enam); dan Labuan satu kes.

Katanya, 14 kluster baru dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif kini ialah 484 dengan 83 daripadanya mencatatkan pertambahan kes hari ini.

Daripada 14 kluster baru itu, jelasnya 13 membabitkan tempat kerja iaitu Kluster Jalan Seelong, Jalan Perindustrian Elektronik, Jalan Besar Pontian, Ladang Pekan serta Perindustrian Pelepas di Johor.

Selain itu, Kluster Jalan Jelapang dan Jalan Perusahaan Tiga dilaporkan di Perak; Kluster Tapak Bina Damar dan Taman Industri di Selangor; Kluster Tapak Bina Pantai Dalam di Kuala Lumpur, Kluster Selambau di Kedah; Kluster Teknologi Berendam di Melaka dan Kluster Pangkal Changgong di Kelantan.

Baki satu kluster lagi ialah dalam komuniti iaitu Kluster Kampung Teluk di Perak.

Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah 478 kluster termasuk tujuh kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Batu 39, Kluster Palut, Kluster Cergas, Kluster Tapak Bina Damai, Kluster Lingkaran Lintang, Kluster Ladang Matamba dan Kluster Rengit Sentral.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS