Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis rampas komputer penerbit buku Tommy Thomas

Pihak berkuasa merampas dua komputer daripada GerakBudaya Enterprise Sdn Bhd susulan siasatan ke atas penerbit buku memoir bekas peguam negara Tommy Thomas itu.

Bercakap dengan Malaysiakini, pengasas Gerakbudaya Chong Ton Sin mengesahkan bahawa siasatan dibuat terhadap buku bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

“Dua pegawai polis hadir pukul 11 pagi tadi dan mereka rampas komputer untuk siasatan,” kata Chong.

Tambahnya, ini merupakan kali ketiga Gerakbudaya disiasat berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, tiada buku dirampas namun pihak berkuasa telah membeli salinan buku tersebut sebelum ini. 

Lihat Komen
ADS