Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sekolah dibuka secara berperingkat mulai 1 Mac
Diterbitkan:  Feb 19, 2021 5:31 PM
Dikemaskini: 10:36 AM

  • Dikemaskini dengan laporan penuh.

Menteri Pendidikan Radzi Jidin hari ini mengumumkan pembukaan sesi persekolah secara berperingkat bermula Mac ini.

Sesi persekolahan bagi murid prasekolah, murid tahun satu dan tahun dua akan bermula pada 1 Mac.

Sesi persekolahan murid tahun tiga, empat, lima dan enam pula bermula 8 Mac.

Bagi pelajar sekolah menengah sesi persekolahan akan bermula pada 4 dan 5 April.

Radzi berkata, keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) memulakan sesi persekolahan bagi pelajar prasekolah, tahun satu dan tahun dua terlebih dulu bagi membiasakan mereka dengan prosedur operasi standard (SOP) terlebih dahulu.

"Pelajar sekolah menengah pula akan kembali belajar secara bersemuka bermula 4 April depan bagi Kumpulan A iaitu Johor, Kelantan dan Terengganu.

"Bagi negeri-negeri Kumpulan B, sesi persekolahan akan bermula pada 5 April.

"Pelajar sekolah menengah kembali ke sekolah sejurus tamat cuti penggal," katanya pada sidang media khas hari ini.

Dalam pada itu, Radzi merayu ibu bapa supaya memastikan SOP dipatuhi sewaktu murid berada di luar sekolah.

Katanya, cabaran dihadapi KPM adalah ketika penyuraian murid selepas tamat sesi persekolahan.

"Ibu bapa biasanya akan menunggu di luar sekolah tanpa ada penjarakan sosial. Kadangkala tiada penjarakan fizikal ketika penyuraian murid," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS