Covid-19 serlahkan masalah sistem kesihatan awam di Sibu - Adun
Adun Bukit Assek Irene Chang mendakwa keadaan pandemik Covid-19 di Sibu mendedahkan betapa sistem penjagaan kesihatan di sana adalah selepas ia diketepikan bertahun-tahun.
"Hari ini di tengah-tengah krisis Covid-19, kami warga Sibu membayar harga yang tinggi untuk dilayan seperti anak tiri, bukan hanya oleh kerajaan pusat malah juga oleh Jabatan Kesihatan Sarawak.
"Pada 9 Jan lalu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dr Sim Kim Hui meminta agar kemudahan penjagaan kesihatan awam desentralisasi bagi meningkatkan tahap sistem kesihatan di Sarawak.
"Saya setuju dengannya bahawa kerajaan persekutuan mengecewakan kami dalam sistem penjagaan kesihatan.
"Namun, untuk hospital kerajaan di luar Kuching, Jabatan Kesihatan Sarawak juga telah mengabaikan kami," kata Chang dalam kenyataan hari ini.
Chang mendakwa Hospital Sibu adalah satu daripada kemudahan kesihatan yang diabaikan.
"Selama bertahun-tahun, jabatan kesihatan negeri menyalurkan terlalu banyak tenaga dan sumber daya serta tenaga kerja di Hospital Umum Sarawak di Kuching," katanya.
Dia berkata apa yang menyedihkan, pada kebanyakan masa pengedaran itu tidak dilakukan secara adil dan hospital utama di Sibu, Miri, Bintulu dan Sarikei sering dipinggirkan dan terpaksa mencari sendiri dana yang diperlukan bagi memberi peralatan segera.
"Berita laporan mengenai sumbangan peribadi mesin PCR untuk menjalankan ujian calitan Covid-19 di Hospital Sibu dan juga Hospital Miri adalah salah satu contohnya.
"Begitu juga dilaporkan penubuhan dua makmal ujian di Bintulu juga ditanggung oleh sumbangan orang ramai.
"Kenapa hospital-hospital di luar Kuching ini dipinggirkan sehingga mereka terpaksa mencari dana sendiri untuk membeli mesin-mesin ini?" tanya Chang.
Dia berkata di Sibu - yang kini menjadi pusat Covid-19 di Sarawak - dua mesin PCR masih belum mencukupi kerana ia perlu melakukan pengaturan untuk menghantar lebih dari 1,000 sampel setiap hari ke Kuala Lumpur dan Kuching.
"Tentunya jabatan kesihatan negeri perlu tahu Hospital Sibu masih memerlukan lebih banyak mesin PCR, bukan hanya untuk Covid-19 tetapi juga untuk menguji apa jua organisme dengan lebih tepat serta keputusan yang lebih cepat.
Chang berkata selain dana dan sumber daya, orang di luar Kuching selama bertahun-tahun mengalami kekurangan pakar di hospital mereka.
"Walaupun Hospital Umum Sarawak dipenuhi dengan pakar dan subpakar, hospital di Sibu, Miri dan Bintulu secara konsisten mengalami kekurangan dan kekurangan rawatan pakar ini," katanya.

