Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Vaksin Covid-19: Tukang cuci, pengawal keselamatan terpinggir
Diterbitkan:  Feb 22, 2021 9:10 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

Banyak perdebatan berlaku mengenai siapa yang harus menerima vaksin Covid-19 lebih awal dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Bagaimanapun ada kumpulan tertentu - yang bekerja keras selama wabak itu menyerang - dilihat tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Kerajaan merancang untuk memberikan vaksin terawal kepada kakitangan perubatan, anggota pasukan penguat kuasa dan wakil rakyat terlebih dahulu. Malah Putrajaya bersedia membuat pertimbangan untuk memasukkan guru dalam fasa pertama vaksinasi Covid-19.

Namun pekerja pembersihan - yang turut menyumbang tenaga dan berdepan dengan risiko dijangkiti - tidak mendapat banyak perhatian sehingga Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) semalam mencadangkan agar kerajaan mendahulukan mereka berbanding ahli politik.

Ahli politik, kata MMA, boleh menunggu lebih lama untuk mendapatkan perlindungan berkenaan.

Untuk rekod, walaupun pekerja pembersihan hospital memainkan peranan penting sepanjang tempoh wabak itu ada, mereka dianggap tidak layak mendapat elaun bulanan khas RM600 daripada kerajaan seperti yang dinikmati kakitangan barisan hadapan lain.

Sekarang, ada desakan untuk memastikan bahawa mereka tidak dipinggirkan lagi - kali ini dalam program vaksinasi.

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan turut menyokong saranan MMA agar kerajaan mengakui pekerja pembersihan hospital juga termasuk sebagai petugas barisan hadapan yang perlu diberi keutamaan.

Setiausahanya M Sivaranjani juga memberitahu MMA juga perlu mendesak kerajaan agar menambah memperluas elaun khas untuk petugas barisan hadapan kepada pekerja pembersihan juga.

Dia yang juga penyelaras Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia menambah ekoran ada cadangan agar guru dimasukkan dalam kumpulan pertama peserta program vaksinasi, langkah yang sama juga perlu dilaksanakan ke atas kakitangan pembersihan serta pengawal keselamatan sekolah.

Katanya berbanding dengan kanak-kanak, orang tua lebih berdepan risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti Covid-19.

Lihat Komen
ADS