Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) untuk mencabar dan memulakan semakan kehakiman ke atas keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membatalkan pendaftaran kumpulan itu.

Langkah seterusnya adalah mendengar merit permohonan semakan kehakiman tersebut.

Hakim Mariana Yahya menyampaikan keputusannya kepada Hindraf menerusi emel tengah hari tadi. Pada awalnya, prosiding dijalankan menerusi aplikasi tersebut.

Hindraf,dalam permohonannya, menerusi pemimpinnya yang juga adalah bekas menteri di jabatan perdana menteri P Waytha Moorthy memfailkan tindakan undang-undang ke atas ROS pada 22 Disember tahun lalu.

Mereka mencabar keabsahan dua keputusan berkaitan pembatalan pendaftarannya.

Pertama melibatkan keputusan ketua pengarah ROS pada 30 September 2019 untuk membatalkan pendaftaran Hindraf. Kedua adalah keputusan menteri berkaitan rayuan Hindraf terhadap keputusan itu pada 7 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, ketika dihubungi hari ini, peguam kumpulan itu, Annou Xavier, mengesahkan bahawa anak guamnya telah mendapat kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman.

“Betul,” kata peguam tersebut setelah ditanya adakah Hindraf telah menerima kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman.

[Baca berita penuh]