story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis Kelantan serbu sarang pelacuran di Kota Bharu

Polis Kelantan berjaya menahan 15 individu termasuk lima wanita disyaki terlibat dalam akvitivi pelacuran dalam satu serbuan operasi noda di Kota Bharu, semalam.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (D7) di sebuah rumah banglo itu turut menahan seorang lelaki yang dipercayai berperanan mengurus dan mendapatkan pelanggan melalui aplikasi media sosial.

"Dalam operasi ini pihak polis berjaya merampas barang kes yang digunakan untuk menjalankan aktiviti pelacuran.

"Rampasan melibatkan sebuah buku catatan sewa bilik, tujuh keping kondom (belum diguna), dua kondom sudah diguna, lapan unit telefon bimbit, kunci bilik, dan sebotol minyak urut," katanya dalam kenyataan kepada media, di Kota Bharu, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, wang tunai bernilai RM1,917 turut dirampas dan kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 372A kanun keseksaan dan 372B kanun keseksaan.

"Kesemua suspek berusia antara 22 hingga 60 tahun termasuk seorang lelaki warga Myanmar," katanya.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini