Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kekal pakai pelitup muka, patuh SOP meski sudah ambil vaksin - KJ

Rakyat mesti terus memakai pelitup muka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada walaupun mereka telah menerima vaksin Covid-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Jelasnya, ini bukan kerana kerajaan tidak yakin dengan vaksin, tapi kerana belum mempunyai data yang cukup untuk membuat keputusan berhubung aturan baru bagi mereka yang sudah menerima vaksin.

"Ini bukan kerana kita tidak yakin dengan vaksin, tetapi kerana kita belum memiliki cukup data," katanya pada sidang media di MASkargo setelah menerima kumpulan pertama vaksin 200 liter Sinovac hari ini.

"Berdasarkan nasihat ketua pengarah kesihatan, kita kekalkan semua SOP, termasuk untuk orang yang sudah mengambil vaksin," katanya.

"Jadi, walaupun anda sudah mengambil vaksin dan orang sebelah anda pun sudah mengambil vaksin, pakai pelitup muka anda," katanya.

Sehingga semalam, sejumlah 1,183,779 orang telah mendaftar untuk vaksinasi melalui MySejahtera dan sejumlah 3,580 orang sudah menerima vaksin Covid-19.

Malaysia menyasarkan untuk mencapai imuniti kawanan dalam tempoh satu tahun.

Negara menetapkan pemakaian wajib pelitup muka pada Ogos 2020 untuk membendung gelombang pandemik Covid-19.

Ketetapan itu diterapkan di tempat-tempat awam yang sesak seperti pasar, pawagam, tempat pelancongan dan pengangkutan awam.

Lihat Komen
ADS