Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Gabungan kesatuan sekerja Myanmar mahu ekonomi ditutup sepenuhnya
Diterbitkan:  Mar 8, 2021 12:03 PM
Dikemaskini: 4:03 AM

GLOBAL | Sejumlah kesatuan sekerja utama di Myanmar dilaporkan menggesa ahli-ahlinya agar menutup ekonomi bermula hari ini, sebagai bantahan kepada rampasan kuasa tentera.

Menurut Reuters hari ini, gabungan sembilan kesatuan sekerja berkata mereka merancang "penutupan penuh" ekonomi".

"Untuk meneruskan kegiatan perniagaan dan ekonomi seperti biasa...hanya akan memberi manfaat kepada tentera yang sedang menekan kekuatan rakyat Myanmar.

"Masa untuk bertindak untuk mempertahankan demokrasi kita adalah sekarang," kata mereka dalam kenyataan bersama, seperti dipetik.

Menurut laporan itu, jurucakap tentera tidak menjawab panggilan manakala polis tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkembangan itu.

Terdahulu, tentera berkata pihaknya menangani bantahan orang ramai berdasarkan undang-undang.

Dalam pada itu, Reuters turut melaporkan seorang pegawai parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi meninggal dunia ketika dalam tahanan polis.

Khin Maung Latt, yang menjadi pengurus kempen untuk beberapa ahli Parlimen beragama Islam yang menang dalam pilihan raya tahun lalu, didakwa telah dikasari ketika ditahan.

"Nampaknya dia ditahan pada waktu malam dan disiksa dengan teruk. Ini memang tidak boleh diterima," kata Ahli Parlimen NLD Ba Myo Thein, yang berkata ada laporan yang mengatakan ada kesan bengkak pada kepala dan tubuh Khin.

Menurut Reuters, Ahad lalu menyaksikan antara protes terbesar selepas tentera merampas kuasa daripada NLD pada bulan lalu, dengan sekurang-kurangnya 70 orang ditahan.

Polis melepaskan gas pemedih mata dan stun grenade untuk menyuraikan ribuan peserta protes di Mandalay dan Yangon.

Saksi juga berkata polis melepaskan tembakan bagi menyuraikan orang ramai yang membuat bantahan di Bagan, dan beberapa penduduk mendakwa peluru hidup juga digunakan, kata laporan itu lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS